PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

  • Badan keceriaan SMA Al-Wosto telah menganjurkan pertandingan keceriaan kelas.
  •  Kelas yang bertanding iaitu 1Ibnu Sina, 1 Ibnu Khaldun, 1 Ibnu Walid, 1 Ibnu Jarir, 1 Ibnu Baitar, 2 Ibnu Sina, 2 Ibnu Khaldun, 2 Ibnu Walid, 3 Ibnu Sina, 3 Ibnu Khaldun, 3 Ibnu Walid, 4 Al-Farabi, 4 Ar-Razi, 5 Al-Farabi dan 5 Ar-Razi.
  •  Kategori yang dinilai iaitu sudut maklumat terbaik, sudut mata pelajaran terbaik, meja guru tercantik, meja pelajar tercantik, langsir tercantik, gubahan bunga tercantik, tandatangan terbaik, kata-kata hikmah terbaik, kelas contoh, kelas terbaik dan kelas anugerah pengetua.
  •  Penilaian keceriaan kelas bermula 19 Julai 2010 hingga 29 Julai 2010 oleh guru yang dipilih.

 Keputusan pertandingan keceriaan kelas SMAW 2010        

Bil Kategori Johan Naib Johan Ketiga
1 Sudut maklumat terbaik 2 Ibnu Sina 1 Ibnu Walid 4 Al-Farabi
2 Sudut mata pelajaran terbaik 1 Ibnu Walid 5 Al-Farabi 5 Ar-Razi
3 Meja guru tercantik 2 Ibnu Sina 1 Ibnu Sina 1 Ibnu Walid
4 Meja pelajar tercantik 1 Ibnu Walid 1 Ibnu Sina 4 Al-Farabi
5 Langsir tercantik 2 Ibnu Sina 1 Ibnu Sina 1 Ibnu Walid
6 Gubahan bunga tercantik 1 Ibnu Sina 3 Ibnu Sina 1 Ibnu Khaldun
7 Tandatangan terbaik 5 Al-Farabi 4 Ar-Razi 1 Ibnu Walid
8 Kata-kata hikmah terbaik 4 Ar-Razi 2 Ibnu Sina 5 Al-Farabi
9 Kelas contoh 5 Al-Farabi
10 Kelas terbaik 2 Ibnu Sina
11 Kelas anugerah pengetua 2 Ibnu Sina

 

Pada 2 Ogos 2010 penyampaian hadiah pertandingan keceriaan kelas.

Pemenang pertama diberi sijil dan hamper, manakala kedua dan ketiga mendapat sijil.

Kelas anugerah pengetua dipasangkan kipas syiling untuk keselesaan kelas tersebut.

Kelas yang mendapat markah terendah juga mendapat “hadiah”.

Penyumbang berita: Cikgu Norashikin Che Seman

Program 5S SMA Al-Wosto

Satu contoh 5S diaplikasikan di PDT Pekan

SMA Al-Wosto juga tidak ketinggalan menceriakan suasana sekolah dengan program yang relevan seperti Program 5S.

Sehubungan dengan itu, 2 orang wakil SMA Al-Wosto iaitu Pn. Suzanawati Bt Zahari dan Pn Norhasliza Bt Abdullah yang bertugas di pejabat pentadbiran sekolah telah menghadiri sesi lawatan sambil belajar ke Pejabat Daerah dan Tanah Pekan pada 18 Mei 2010 lalu. Ini adalah sebagai permulaan bagi melaksanakan program 5S di sekolah.

'We are here!'

Program ini dilaksanakan bagi memperkemaskan lagi pentadbiran sekolah di samping menceriakan suasana sekolah. Ia juga mampu mewujudkan sekolah yang bersistematik dan tersusun.

Semoga hasrat ini akan berjaya dilaksanakan nanti.

Nota editor:

Program 5S ini merupakan sesuatu yang masih baru. Untuk mengetahui 5S dengan lebih lanjut, sila klik di sini untuk membacanya.

Editor

Ibu-bapa Ceriakan Gotong-royong Perdana

SMAW menghidupkan tradisi bergotong-royong

SMA Al-Wosto, 15 Mei 2010 – Seawal jam 8.00 pagi, ramai ibu-bapa telah tiba di SMA A-Wosto demi melaksanakan suatu misi – Gotong-royong Perdana 2010. Gotong-royong kali ini yang telah dianjurkan di sekolah-sekolah seluruh Negara bersempena sambutan Hari Guru 2010 telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu-bapa pelajar. Masing-masing hadir dengan ‘senjata’ lengkap seperti mesin rumput, parang panjang, tuala, gergaji dan sebagainya. Yang tidak dapat hadir pula telah memberi sumbangan kewangan, menggambarkan keperihatinan para ibu-bapa terhadap keadaan sekolah anak-anak mereka.

Pasukan mesin galas berehat sebentar

Aktiviti gotong-royong dimulakan dengan jamuan minum pagi, diikuti dengan doa selamat yang disempurnakan oleh Ustaz Zainal Abidin Lebai Hassan dan seterusnya taklimat untuk semua peserta sebelum bergerak ke kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. Bagi ibu-bapa yang tidak  membawa mesin rumput, mereka bergotong-royong di kawasan-kawasan sama dengan anak  mereka. Hasilnya, beberapa batang pokok besar berdekatan padang bola telah dapat ditumbangkan, kawasan terbiar dengan rumput liar dan lalang dapat dibersihkan dan banyak sudut-sudut SMA Al-Wosto yang berubah wajah dengan mural dan petak penanaman pokok bunga. Bukan itu sahaja, kawasan ladang buah-buahan yang luasnya lebih kurang 3 ekar telah berjaya dibersihkan dengan inisiatif Ustaz Wan Ishak yang telah memulakan langkah semenjak beberapa minggu lalu. Mereka yang memandang ke arah  SMA Al-Wosto dari jalan besar akan dapat melihat pokok-pokok durian, nangka, rambutan, kelapa dan sebagainya.

Selesai bergotong-royong, ibu-bapa menikmati jamuan ringan dan berdialog dengan pengurusan sekolah yang diketuai oleh Pengetua, En. Husin Mohd Yunus. Sewaktu memulakan sesi tersebut, pengetua menyampaikan perasaan bangganya terhadap ibu-bapa yang hadir yang bukan sahaja telah bekerja bersungguh-sungguh, malahan telah bekerja melebihi masa. Seterusnya, pelbagai masalah pelajar telah dibentangkan dan banyak pandangan telah diterima dari ibu-bapa yang prihatin. Masalah ponteng, ‘cinta monyet’, mengantuk sewaktu di kelas, buli, malas dan sebagainya telah diperbincangkan. Antara hasil dialog tersebut ialah ibu-bapa minta hukuman tegas dikenakan dan pengetua akan berusaha memasang pagar di kawasan ASPURA.

Berdialog di dewan selepas gotong-royong

Majlis diakhiri dengan sesi ceria iaitu cabutan bertuah bagi semua yang hadir. Hadiah-hadiah seperti barangan dapur, cangkul, bekas plastik dan sebagainya telah dimenangi oleh mereka yang bertuah.

Terima kasih daun keladi!

Nanti kita bergotong-royong lagi!

FAKTA:

Bil Ibu-bapa hadir: _____ orang

Bil Hadiah cabutan bertuah: _______

(Harap maaf, gambar dan fakta akan dimasukkan nanti)

Editor

Kembali ke ‘Alma Mater’ Untuk Mengecat Bangunan

Mereka telah meninggalkan SMA Al-Wosto selama 2 tahun, namun kembali untuk menabur bakti. Kata mereka, “tak ada apalah sir, duduk rumah pun tak ada buat kerja apa-apa!”. Begitulah juga yang sering dilakukan oleh bekas-bekas pelajar SMA Al-Wosto yang terdahulu. Ada yang kembali sebagai guru tetap atau sementara, ada yang datang menjalankan aktiviti Khemah Ibadah serta sesi Motivasi dan ada juga yang datang khas membantu guru.

Program Mari Mengecat SMAW

Kali ini, mereka yang dimaksudkan ialah Izzat Hazwan, Syafiq Anuar dan Syariffudin aka ‘Pudin’ yang nampaknya selalu ‘bertiga-tiga’. Sasaran mereka, membantu Cikgu Norashikin dalam projek menceriakan SMA Al-Wosto. Tugas mereka antaranya ialah membantu mengecat sebahagian bangunan sekolah termasuk pintu gerbang SMA Al-Wosto yang telah lama kelihatan lesu. Nampaknya tak lama lagi pintu gerbang yang sentiasa menyambut tetamu akan nampak ceria.

Adik-adik, tirulah aksi kami!

Bukan itu sahaja, mereka juga turut membantu mencurahkan pengalaman bagi memantapkan persediaan peserta Persatuan usahawan Muda yang telah bertanding baru-baru ini di Konvensyen PUM Pahang. Hasilnya, SMA Al-Wosto berjaya menggondol pelbagai anugerah! Tiga sekawan ini juga turut serta memeriahkan MASISUPA Zon 3 yang telah dijalankan di SMA Al-Wosto dengan membuka gerai menjual makanan dan minuman semasa MASISUPA berlangsung. Bijak, bijak!

Tahniah, macam tulah anak didik Wosto!

*Alma Mater bermaksud sekolah di mana anda telah menerima pendidikan.

Editor