Sesi penggambaran untuk guru dan kelas

Nakal juga Ust Kahar Muzakkar ni ya..hi hi.

5 Al-Jazari 2017. Guru Kelas: Pn Siti Zaidah, Guru Mentor: En Zul Hizam

5 AJ free style

​​

‘Free style’!

10 jelitawan Hijabista…

Guru sesi 2017. Tiada dalam gambar: En Hafiz Abd Rahman

Ajk Majalah meneruskan kerja-kerja fotografi bagi majalah sekolah yang akan diterbitkan kelak. Kali ini ia melibatkan guru, kelas Tingkatan 4 dan 5.

Pelancaran Program ‘Jom ke Sekolah’ dan Mentor-Mentee




Bagi tahun 2017, pihak sekolah telah merancang pelbagai program bagi memastikan pelajar menempa kejayaan dalam pelajaran dan memastikan pelajar berdisplin. Antaranya ialah Program ‘Jom ke Sekolah’ dan Program Mentor-Mentee. 
Untuk itu, majlis pelancaran program telah diadakan pada 13 Februari 2017. Program ini dihadiri oleh semua guru, pelajar dan YDP PIBG, Hj Mutamam B Jaafar serta dirasmikan oleh Inspektor Asfiani B Ramdani yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah. Beliau juga membacakan perutusan Ketua Polis Negara (KPN). Antara acara yang menjadi pengisian program ialah persembahan deklamasi sajak, gimik pelancaran dan penyerahan lantikan kumpulan mentor-mentee.
Program telah diadakan Dataran Perhimpunan SMA Al-Wosto kerana Dewan Besar masih dalam proses pembaikan. 

Banjir 2017 di SMA Al-Wosto


​Episod banjir kembali lagi. Syukur, kali ini hanya di paras satu mata tangga di padang bola sepak SMA Al-Wosto. Ia tidak melibatkan penutupan sekolah memandangkan ketika itu adalah cuti Tahun Baru Cina.

Luaskan Kuasamu Al-Wosto

Pasukan Bola Tampar menempa kejayaan di Kejohanan MSSD Temerloh. Tahniah kepada pemain-pemain dan jurulatih pasukan (Lelaki: En Hafiz Abd Rahman; Perempuan: Pn Salmi Sainuddin)

Keputusan Rasmi Pertandingan Bola Tampar B18 MSSD Temerloh 2017

Lelaki B18

Johan – Hwa Lian B

N.Johan – Hwa Lian A

Ke-3 – SMA Al-Wosto A

Ke-4 – SMK Mentakab
Perempuan B18

Johan – Hwa Lian B

N.Johan – Hwa Lian A

Ke-3 – SMA Al-Wosto 

Ke-4 – SMK Temerloh​

Penyertaan pasukan . la tampar SMA Al-Wosto kali ini ‘memeranjatkan’ pesta sukan MSSD Daerah Temerloh memandangkan kami berjaya mendapat tempat ke-3 dimana kedua-dua tempat pertama dan ke-2 dimenangi oleh pasukan A dan B SMK Hwa Lian. Tahniah sekali lagi SMA Al-Wosto! Al-Wosto boleh!!