Pembuka Bicara

Selamat Mengunjungi Buletin SMA Al-Wosto. Berhubung, berpesan dan bermuafakat di sini.

Assalamualaikum w.r.t. w.b.h.

Untuk memulakan sesuatu, perlulah memulakan langkah pertama. Walau sesukar mana pun ia, tetap digagahkan jua. Dan inilah langkah itu, Buletin Wosto 2010 telah bermula.

Kali ini, kami menggagahkan diri untuk melayarkan bahtera dalam media baru, weblog atau ringkasnya dipanggil blog. Sebagaimana yang diketahui ramai orang, blog mungkin bermaksud sebuah diari yang mencatat peristiwa harian kehidupan pencatatnya atau rentetan luahan perasaan penulisnya. Biar apapun maksudnya, kami harap blog ini mampu menjadi wadah penghubung semua warga SMA Al-Wosto terutama yang masih berkhidmat atau  menuntut di sini. Bagi yang pernah menjejakkan kaki di sini, anda juga dialu-alukan untuk mnghubungi, setidak-tidaknya menyambung kembali silaturrahim.

Buat semua, tatapilah blog ini yang juga berupa buah tangan berbentuk majalah dalam talian. Nantikan berita-berita tentang kami dan luahan rasa kami, persepsi kami terhadap dunia pendidikan dan penulisan dari warga Wosto yang mungkin ada bakat terpendam. Kata orang, belum cuba, belum tau…..

Selamat membaca, selamat meneroka dan selamat berhubung!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s