Sumbangan Anda Dialu-alukan!

Kami amat berharap pengunjung blog ini sudi memberi sumbangan untuk menjadikan blog ini sebagai bulletin yang berwibawa bagi warga SMA Al-Wosto.

Sila hantarkan sebarang idea, artikel, luahan perasaan, pesanan, gambar, video dan sebagainya melalui alamat e-mail editor iaitu pakngahijam@gmail.com. Anda juga boleh memberikan link bagi tujuan tersebut melalui e-mail.

Pihak editor akan mengambil tindakan untuk ‘post’kan sumbangan anda tersebut mengikut kategori yang ada. Walau bagaimana pun, ia tertakluk kepada kesesuaian bahan tersebut untuk blog ini. Nama penyumbang dan profail anda akan kami paparkan. Sekiranya anda mahu menggunakan nama samaran atau nama pena sila nyatakan.

Penyumbang juga diperingatkan agar mengamalkan budaya penulisan yang beretika. Elakkan plagiarisma. Anda boleh merujuk kepada panduan penulisan yang beretika.

Untuk makluman, berikut adalah kategori sumbangan*

  • Berita
  • Mimbar
  • Dari meja Pengetua (Khas untuk Pengetua sahaja)
  • Galeri
  • Sudut Kreatif
  • Luahan rasa
  • P & P
  • Fakta SMAW
  • Makluman

Terima kasih atas sumbangan anda!

*Tertakluk kepada perubahan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s