Hukum Menggunakan Facebook

Facebook, adalah laman sosial ciptaan Mark Zuckerberg, seorang pemuda Yahudi. Berhubung di Facebook memang menjadi kegilaan golongan muda masa kini. Namun, apakah pandangan Islam terhadap penggunaan Facebook?

Menurut Zaharudin Abd Rahman, pakar kewangan Islam yang bertugas sebagai pensyarah di UIAM dan penasihat Syariah beberapa organisasi, hukumnya adalah harus. Ini adalah kerana Islam membolehkan umat Islam berjual beli dengan golongan Yahudi. Buktinya, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat sendiri pernah berjual beli dengan kaum Yahudi. Sekiranya berjual beli dibenarkan, apatah lagi menggunakannya secara percuma. Walau bagaimana pun, para ulama bersepakat bahawa hukum harus akan berubah menjadi haram sekiranya terbukti pemilik Facebook menggunakan dana dari Facebook untuk tujuan keganasan atau sebarang perkara yang jelas memerangi Islam.

Keadaan ini bolehlah diumpamakan seperti penggunaan pisau yang amat berfaedah jika digunakan untuk tujuan baik. Jika digunakan untuk kejahatan, maka buruklah akibatnya! Namun, tidaklah ia diharamkan kerana ia sekadar alat. Berbalik kepada Facebook, pengguna hendaklah menggunakannya untuk tujuan baik. Malahan, ia boleh menjadi alat untuk berdakwah bagi mengembalikan kekuatan Islam!

Wallahua’lam.


TIP MENGGUNAKAN FACEBOOK

– Lebihkan untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Promosikan Islam!
– Berhati-hati, jangan masukkan maklumat sensitif seperti akaun bank dan  nombor kad pengenalan. Hanya sertakan nama dan maklumat biasa.
– Jangan kongsikan gambar peribadi tanpa had, apatah lagi jika tidak menutup aurat .
– Jangan mengumpat dan memfitnah. Ia tetap haram walaupun dalam talian internet
– Elakkan ketagihan (jika lebih 4 jam sehari anda boleh dikatakan ketagih!)
– Jangan terlibat dalam aplikasi Facebook seperti games yang melalaikan atau menyalahi Islam seperti ramalan bintang.

Sumber:  Majalah Solusi, Isu 17.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s