Pelajar Terbaik SPM 2009 Solat Hajat Setiap Hari!

11 hb Mac merupakan satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar yang menunggu keputusan SPM mereka. Demikian juga para guru yang ingin mengetahui tahap pencapaian pelajar-pelajar mereka.

Pelajar menunggu keputusan SPM diserahkan.

Pada tarikh tersebut, editor Buletin Al-Wosto sempat menemubual 2 orang pelajar yang merupakan antara 5 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

Anis Shakirin Bt Zulkhfile

Pelajar terbaik SPM 2009, Anis Shakirin Zulkhfile menyifatkan kejayaannya memperoleh 9A  adalah hasil daripada petua-petua kejayaan yang diamalkannya iaitu memberi tumpuan semasa guru mengajar, menghormati guru dan membuat semua latihan yang diberi guru. Anak kepada Ustazah Siti Arma Abd Mutalib yang mengajar di SMAW merupakan pelajar cemerlang yang telah membuktikan kebolehannya sebelum ini. Beliau adalah pelajar terbaik SMAW bagi PMR 2007 (8A) dan ke-3 terbaik SMA 2008 (9A).

Bagi mengakhiri bicara, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu-bapanya dan guru-guru yang telah mendidiknya dari semenjak tadika serta kepada pihak sekolah yang banyak membantu.

Fasiha Hadana Husin

Pelajar seterusnya, Fasiha Hadana Husin yang memperoleh 7A adalah pelajar yang telah berterusan menunjukkan prestasi baik dalam pembelajaran dengan memperoleh 6A dalam PMR dan 8A dalam SMA. Bercita-cita menjadi peguam, Fasiha sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar dan rajin membaca buku teks. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua terutama ibu-bapa dan para guru yang mendidiknya. Harapannya, beliau akan diterima menuntut di UIA kelak.

Tahniah!

Editor

2 thoughts on “Pelajar Terbaik SPM 2009 Solat Hajat Setiap Hari!

  1. aq arap taun nie student wosto ble dpat 11A plus.slh sorang aq…Insyaallah…sir tulih plak pum menang…hahaha…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s