Tradisi Berkunjung ke PBAKL Tetap Diteruskan

Seramai 88 warga SMA Al-Wosto telah berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu. Tradisi kunjungan ke PBAKL telah diuruskan oleh Teacher Aminah Murni yang menganjurkannya saban tahun. Ini diteruskan oleh Panitia B. Inggeris dan merupakan penganjuran tahun ke 2. Program ini mendapat kerjasama yang baik dari pihak pentadbiran, warden serta guru-guru lain.

PBAKL yang telah dianjurkan mulai 19 hingga 28 Mac 2010, merupakan medan pertemuan antara penerbit buku dan pembaca yang terbesar bagi tahun 2010. Berbagai perkara menarik telah disediakan seperti sesi bertemu penulis, persembahan pentas, pelancaran buku, potongan harga buku dan diskusi. Semoga ini akan menyemarakkan lagi sikap suka membaca rakyat Malaysia amnya dan warga SMA Al-Wosto khasnya.

Peserta menunggu bas bertolak.

Guru-guru yang menyertai rombongan kali ini ialah En Zul Hizam, En Norhisyam, En Roslan, Cik Siti Zubaidah, Cik Immazura, Ustazah Norzahidah, Ustazah Maznah, , dan Ustazah Roslaila. Rombongan yang dibawa menggunakan dua buah bas persiaran juga mengambil kesempatan melawat Muzium Negara dan Pameran Biology (Human Body) di Dewan Pameran Alken. Syarikat Alken telah memberi perakuan akan memberi subsidi pengangkutan sebanyak RM300 dan penapis air percumabernilai RM4000  yang akan dipasang di SMA Al-Wosto kelak. Sumbangan sebegini amatlah dihargai dan pihak sekolah berbesar hati menerimanya.



Walau bagaimana pun, antara beberapa perkara yang boleh diperbaiki ialah pengurusan masa dan item lawatan. Pada pameran kali ini juga, didapati pengunjung terlalu ramai dan pengunjung menghadapi kesukaran bagi memilih buku dan membuat pembelian, mungkin kerana kunjungan ini dibuat pada hari ke 2 terakhir PBAKL. Namun begitu, harga buku yang murah dan banyaknya pilihan menggembirakan para peserta.

Pihak Panitia B. Inggeris berterima kasih atas kerjasama guru dan pelajar yang menyertai rombongan dan berbangga kerana ia dapat direalisasikan. Insyallah ia akanditeruskan pada masa hadapan.

Semoga bertemu di Pesta Buku akan datang!

Editor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s