Guru Pembimbing Kelab Falak Hadiri Kursus

Kuantan. Bertarikh 10-12 April 2010, dua orang guru dari SMA Al-Wosto iaitu Pn Salmi Sainuddin dan En Zul Hizam Md Rawi telah menghadiri Kursus Guru Pembimbing Ko-Kurikulum Falak SMAN (Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri) Tahap 1  bertempat di Duta Village Beach Resorts, Sg Karang, Kuantan. Pihak penganjur juga menjelaskan bahawa Kursus Ko-kurikulum Falak Tahap 2 & 3 akan dijalankan kelak yang mana ia akan dihadiri oleh guru pembimbing yang sama bagi mempastikan kesinambungan ilmu.

Kursus ini dihadiri oleh seramai lebih dari 60 orang guru-guru SMAN dan wakil dari KIPSAS, Kolej IKIP, JAIP dan Maahad Tahfiz. Ia dianjurkan oleh Unit Falak, Jabatan Mufti Pahang yang diketuai oleh Ustaz Rosli dan kakitangan lain sebagai urusetia. Penceramahnya pula ialah Dr Baharrudin Zainal yang bertugas sebagai pensyarah UDM dan En Ahmad Taufan Abdul Rashid yang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif dari Unit Balai Cerap Universiti Darul Iman Malaysia. Sebagai pelopor penyebaran ilmu Falak, UDM yang bermula sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan telah dipertingkatkan kepada UDM, para penceramah jemputan dari UDM telah berjaya menyampaikan ilmu dengan berkesan.

Kursus dimulakan dengan Sesi Bengkel Pengenalan Ilmu Falak, Konsep Ilmu Falak, peralatan dan Sesi Mencerap Langit Malam. Bengkel yang telah dijalankan telah dapat membuka minda peserta tentang apakah yang diperlukan untuk menguruskan aktiviti ko-kurikulum Kelab Falak di sekolah mereka selain dari mengetahui sukatan Pengajaran dan pembelajaran bagi ahli Kelab Falak di SMAN. Peserta juga beroleh ilmu mendapatkan bahan-bahan P & P dan ‘tool’ yang terdapat di internet. Ustaz Rosli selaku penganjur jugatidak lupa menjemput para peserta untuk menyertai Karnival Falak yang akan berlangsung di SMA Al-Wosto pada minggu selepasnya iaitu 17 April 2010.

Kursus ditutup dengan sesi bersama Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Hj Abdul Rahman Hj Osman. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa Pahang merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai silibus bagi ko-kurikulum Kelab Falak dan ini merupakan satu sejarah. Beliau juga mengumumkan bahawa Pahang akan mempunyai sebuah Balai Cerap yang akan dibina pada masa depan kerana ia ada dalam perancangan. Beliau menambah bahawa kita perlu memandang jauh ke depan kerana tidak mustahil satu masa nanti ada anak didik dari Ko-kurikum falak yang akan menjadi tokoh falak. Adalah tidak mustahil ilmu Falak akan menjadi Kursus Universiti yang akan menghasilkan ilmuan Islam yang berwibawa dalam bidang Astronomi.

Datuk Mufti Pahang sedang berucap

Peserta juga merasa teruja kerana pada malamnya akan diadakan aktiviti praktikal mencerap langit malam menggunakan teleskop. Walau pun langit pada mulanya mendung petang itu, sebahagian besar peserta yang sanggup menunggu sehingga larut malam untuk mencerap langit bersyukur kerana selain dari bintang Sirius dan buruj, mereka dapat menyaksikan planet Marikh dan Zuhal melalui teleskop yang disediakan oleh pihak penganjur. Sesi praktikal tersebut sangat berfaedah kerana para peserta dapat mengetahui dengan jelas teknik mencerap dengan betul dan bagaimana mengendalikan jenis-jenis teleskop yang berlainan.

Cikgu Salmi sedang meneropong Sirius. Seriusnya!

Editor

3 thoughts on “Guru Pembimbing Kelab Falak Hadiri Kursus

  1. saya dilantik guru penasihat kelab falaq sekolah.. tak ada apa pengetahuan ttg ilmu ini

    • Terima kasih atas komen sdr. Masa mula-mula dulu saya pun begitu, tetapi setelah diberi kursus oleh pihak Jabatan Mufti Pahang alhamdulillah bolehlah mengendalikan kelab seadanya. Saya juga ada membeli teleskop (walaupun bertaraf mainan!) yang sentiasasaya guna untuk mencerap bulan, planet dan lain-lain objek langit. Ia banyak membantu.

      Persatuan juga ada nota yang telah dihasilkan oleh Jabatan Mufti dengan kerjasama pensyarah Universiti (dahulunya KUSZA). Saya sedia berkongsi nota sekiranya ada permintaan. Selain dari itu, laman web seperti Falak Online dan lain-lain banyak memberi manafaat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s