Karnival Falak dan Cerapan Langit di SMA Al-Wosto

"Backdrop' Karnival Falak dan Cerapan Langit 2010

SMA Al-Wosto, 17 April – Buat julung-julung kalinya, salah satu aktiviti cadangan Kelab Falak SMA Al-Wosto bertajuk Karnivak Falak dan Cerapan Langit Malam telah berjaya dijalankan pada 17 April. Karnival ini mendapat kerjasama yang amat baik dari Unit Falak Jabatan Mufti Pahang yang telah bertungkus lumus menjayakannya. Unit Falak yang diketuai oleh Ustaz Rosli dan urusetia yang terdiri dari kakitangan Jabatan Mufti Pahang yang dibantu oleh ahli Kelab Falak SMA Al-Wosto telah bekerjasama memastikan Karnival Falak berjalan lancar.

Peserta Karnival Falak terdiri dari pelajar-pelajar SMA Al-Wosto, ahli Kelab Falak dari Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri seperti SMA Al-Khairiah, SMA Maran, SMA Chenor, SMA Al-Ihsan, SMA Guai, pelajar SMK Teluk Sentang dan Maahad Tahfiz Al-Amin serta guru-guru pembimbing Kelab Falak dari sekolah-sekolah berkenaan. Selain dari itu, wakil-wakil guru dari Kelab Falak SMA Negeri dan penduduk sekitar juga hadir memeriahkan Karnival ini.

Dato' Mufti Pahang dan Pengetua di majlis perasmian

Karnival telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pahang iaitu Dato’ Hj Abdul Rahman Hj Osman. Beliau telah menjelaskan dalam ucapannya berkenaan pentingnya ilmu falak kepada umat Islam dan memberitahu peserta bahawa beliau telah lama mengikuti perkembangan ilmu falak di negeri Pahang. Beliau berharap ilmu falak akan terus dipelajari oleh generasi pelajar akan datang.

Sesi-sesi ceramah dan ‘talk-show’ telah disempurnakan oleh En. Ahmad Taufan Abdul Rashid, Pegawai Eksekutif dari Unit Astronomi Universiti Darul Iman dan En Ahmad Shahrin Ahmad, penggiat astronomi dan pemilik portal FalakOnline.  Ceramah-ceramah En Ahmad Taufan yang begitu bersemangat mencurahkan ilmu berkenaan ilmu falak telah berjaya menarik minat peserta dan membantu mereka memahami ilmu falak dengan lebih baik. Sesi tayangan ‘Pengalaman Mencerap Gerhana’ dan ‘Pengembaraan Cakerawala’ oleh En Shahrin pula telah menerima sambutan hangat dari peserta dan juga penduduk sekitar yang sudi hadir. Menurut En Shahrin, inilah satu-satunya lokasi ceramah beliau yang menerima begitu banyak soalan dari peserta. Selain dari itu, Jabatan Mufti Pahang juga telah mengadakan pameran astronomi dan jualan buku-buku didalam  dewan Al-Hassan di bahagian belakang. Pelbagai peralatan seperti teropong Meade, kompas, theodolit dan lain-lain lagi telah dipamerkan dan menarik peserta bertanyakan pelbagai soalan berkenaan alat tersebut.

Antara peralatan astronomi milik Jabatan Mufti Pahang yang dipamerkan

Ustaz Rosli menyampaikan cenderahati kepada En. Shahrin Ahmad, penceramah dari Falak Online

Walau bagaimana pun, sesi mencerap langit yang sepatutnya diadakan selepas sesi ‘Pengembaraan Cakerawala’ pada malam tersebut terpaksa dibatalkan kerana hari hujan dan menyukarkan penggunaan teropong. Peserta-peserta yang sanggup menungu lama rata-ratanya berasa kecewa kerana tidak berpeluang menyaksikan sendiri planet Zuhal, Marikh dan lain-lain objek langit melalui teropong astronomi yang telah disediakan. Begitulah ketentuan Tuhan, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

Pihak sekolah amat berbangga dapat menjalankan karnival dengan jayanya dan berbesar hati menerima kedatangan peserta-peserta.  berharap karnival seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan.

Editor

One thought on “Karnival Falak dan Cerapan Langit di SMA Al-Wosto

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s