Hari Guru Disambut Meriah

17 Mei 2010 – Hari Guru tahun ini disambut seperti biasa dimana JK Pengawas sekolah diberi tanggungjawab menguruskan acara permainan dan sambutan di dewan. Beberapa acara permainan telah dijalankan seperti permainan ‘booby trap’, bowling kelapa dan sebagainya. Peserta-peserta yang terdiri daripada 5 kumpulan campuran guru dan pelajar nampaknya seronok menyertai acara-acara yang dirancang.

Seterusnya ialah acara sambutan di dewan besar yang dimulai dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan yang diketuai oleh Tuan Pengetua. Pelbagai acara seperti sesi ucapan-ucapan, persembahan pelajar dan guru dan penyampaian anugerah-anugerah diadakan (Nantikan Video Hari Guru di You Tube).

Mari! Mari basuh kereta!

Beberapa aktiviti sampingan juga dianjurkan oleh kelab dan persatuan seperti jualan bunga untuk cenderahati oleh Persatuan Bahasa Melayu dan Jualan Buah Epal serta Kempen Basuh Kereta oleh Persatuan Bahasa Inggeris.

FAKTA:

  • 44 epal berharga _______ terjual
  • 13 biji kereta dapat dicuci, malangnya hanya 5 buah kereta dapat divakum kerana pencuci vakum meragam
  • Guru yang menerima Anugerah Guru Paling Berdedikasi ialah Cikgu Jamaludin Mohamed dan Anugerah Guru Paling Popular ialah Cikgu Azrin Asmawi.

Editor

One thought on “Hari Guru Disambut Meriah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s