Ibu-bapa Ceriakan Gotong-royong Perdana

SMAW menghidupkan tradisi bergotong-royong

SMA Al-Wosto, 15 Mei 2010 – Seawal jam 8.00 pagi, ramai ibu-bapa telah tiba di SMA A-Wosto demi melaksanakan suatu misi – Gotong-royong Perdana 2010. Gotong-royong kali ini yang telah dianjurkan di sekolah-sekolah seluruh Negara bersempena sambutan Hari Guru 2010 telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu-bapa pelajar. Masing-masing hadir dengan ‘senjata’ lengkap seperti mesin rumput, parang panjang, tuala, gergaji dan sebagainya. Yang tidak dapat hadir pula telah memberi sumbangan kewangan, menggambarkan keperihatinan para ibu-bapa terhadap keadaan sekolah anak-anak mereka.

Pasukan mesin galas berehat sebentar

Aktiviti gotong-royong dimulakan dengan jamuan minum pagi, diikuti dengan doa selamat yang disempurnakan oleh Ustaz Zainal Abidin Lebai Hassan dan seterusnya taklimat untuk semua peserta sebelum bergerak ke kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. Bagi ibu-bapa yang tidak  membawa mesin rumput, mereka bergotong-royong di kawasan-kawasan sama dengan anak  mereka. Hasilnya, beberapa batang pokok besar berdekatan padang bola telah dapat ditumbangkan, kawasan terbiar dengan rumput liar dan lalang dapat dibersihkan dan banyak sudut-sudut SMA Al-Wosto yang berubah wajah dengan mural dan petak penanaman pokok bunga. Bukan itu sahaja, kawasan ladang buah-buahan yang luasnya lebih kurang 3 ekar telah berjaya dibersihkan dengan inisiatif Ustaz Wan Ishak yang telah memulakan langkah semenjak beberapa minggu lalu. Mereka yang memandang ke arah  SMA Al-Wosto dari jalan besar akan dapat melihat pokok-pokok durian, nangka, rambutan, kelapa dan sebagainya.

Selesai bergotong-royong, ibu-bapa menikmati jamuan ringan dan berdialog dengan pengurusan sekolah yang diketuai oleh Pengetua, En. Husin Mohd Yunus. Sewaktu memulakan sesi tersebut, pengetua menyampaikan perasaan bangganya terhadap ibu-bapa yang hadir yang bukan sahaja telah bekerja bersungguh-sungguh, malahan telah bekerja melebihi masa. Seterusnya, pelbagai masalah pelajar telah dibentangkan dan banyak pandangan telah diterima dari ibu-bapa yang prihatin. Masalah ponteng, ‘cinta monyet’, mengantuk sewaktu di kelas, buli, malas dan sebagainya telah diperbincangkan. Antara hasil dialog tersebut ialah ibu-bapa minta hukuman tegas dikenakan dan pengetua akan berusaha memasang pagar di kawasan ASPURA.

Berdialog di dewan selepas gotong-royong

Majlis diakhiri dengan sesi ceria iaitu cabutan bertuah bagi semua yang hadir. Hadiah-hadiah seperti barangan dapur, cangkul, bekas plastik dan sebagainya telah dimenangi oleh mereka yang bertuah.

Terima kasih daun keladi!

Nanti kita bergotong-royong lagi!

FAKTA:

Bil Ibu-bapa hadir: _____ orang

Bil Hadiah cabutan bertuah: _______

(Harap maaf, gambar dan fakta akan dimasukkan nanti)

Editor

2 thoughts on “Ibu-bapa Ceriakan Gotong-royong Perdana

  1. Slm…saya bekas pelajar wosto sesi 2000-2004..
    saya cuma ingin memberi cadangan supaya pokok2 besar yang berada di sekitar wosto tidak akan ditebang lagi, kecuali sekiranya terdapat keperluan yang amat mendesak. Amat sayang kerana persekitaran sekolah semakin “layu” dan hilang seri kerana perkara ini. Sepertimana yang terjadi di sekitar aspura, gambar terbaru yang ditatap kelihatan amat menyedihkan hati, kosong tanpa sebarang pokok besar yang menaungi..

    • Terima kasih atas response sdr Helmi.

      Jangan risau,masih ada lagi pokok-pokok besar yang selamat… Sebagai pencinta alam, saya berharap pokok-pokok tua yang bersejarah tak perlu ditumbangkan.

      Seperkara lagi, ada pokok-pokok yang dihuni oleh burung-burung tempua dan lain-lain dibiarkan untuk dijadikan taman burung di kawasan kebun sekolah.

      Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s