Tiga Bulan Bulletin Wosto

Tiga bulan telah berlalu semenjak Bulletin Wosto ini dilancarkan ke dunia internet. Dari segi teknikal, jumlah posting ialah 17, dimana ia adalah dalam  6 kategori, dan antara peristiwa penting yang melanda ialah perpindahan rumah dari blospot ke wordpress. Pada masa yang sama saya terpaksa ‘learn blogging while blogging’. Maklumlah, blogging merupakan sesuatu yang baru dalam kamus hidup saya.

Diluar sana, banyak peristiwa yang berlaku. Peristiwa pembuangan bayi yang semakin berleluasa, keganasan rejim Israel yangberterusan menekan kehidupan warga Palestin dan peristiwa tumpahan minyak antara yang terbesar di dunia di Teluk Mexico. Peristiwa-peristiwa ini nampaknya berwajah gelap dan menunjukkan keadaan dunia dan umat manusia yang semakin parah. Tidak adakah di sana sejalur cahaya yang menjanjikan dunia yang lebih bertamadun? (bukan sekadar tamadun kebendaan tetapi spiritual!)

Bagaimana pula suasana di SMA Al-Wosto sendiri? Walau apapun keadaannya, seperti mana institusi-institusi pendidikan yang lain, pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan seperti biasa. Di celah-celah urusan pembelajaran harian, peristiwa-peristiwa lain seperti yang menuntut tindakan disiplin dari sekolah terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin juga berlaku. Di satu sisi yang lain, ada juga peristiwa yang menjanjikan masa depan yang lebih cerah bagi SMA Al-Wosto. Salah satunya ialah Gotong-royong Perdana di mana Pengetua telah menyatakan kekagumannya terhadap para ibu-bapa yang komited dalam membantu pihak sekolah semasa bergotong-royong dan penyertaan ibu-bapa semasa Majlis Dialog yang dijalankan selepas itu.

Selaras dengan semangat Hari Guru (Yang baru berlalu) yang bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”, saya percaya barisan guru dan pentadbir di sekolah yang kita cintai ini akan terus komited untuk mendidik warga pelajar menjadi insan cemerlang.

Minggu depan kita akan mula bercuti. harapan saya, jangan lupakan tanggungjawab sebagai pelajar. Inilah masanya untuk membaca tanpa tekanan (walaupun sebentar cuma) dan masa memotivasikan diri. Mungkin pelajar boleh mengikuti kursus-kursus dalam cuti seperti kem ibadah ataukem solat yang boleh memantapkan diri.

Oh ya! Selamat pengantin baru kepada dua orang guru SMA Al-Wosto yang akan melangsungkan perkahwinan semasa cuti ini iaitu Cikgu Fasiha Majid dan Cikgu Siti Zubaidah Mohamad Nor. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

Terima kasih kerana sudi menziarahi rumah ini. Terima kasih jua kepada yang memberikan komen. Harapan saya, bantulah blog ini dengan menyumbang artikel, berita dan sebagainya. Saya telahpun membuka ruang, anda perlulah menyahut cabaran.

Bagi diri saya sebagai editor bulletin ini, insyallah, perjuangan akan tetap diteruskan.

Salam hormat. Selamat bercuti!

                                                                         Editor

2 thoughts on “Tiga Bulan Bulletin Wosto

  1. Assalamualaikum wbt.

    Waaah, wosto sudah jauh maju ke depan. Saya sebagai bekas pelajar mendoakan agar SMA Al-Wosto terus cemerlang dalam semua perkara.

    Buat guru-guru sekalian, semoga Allah membalas segala ilmu yang dicurahkan pada saya dan seluruh pelajar2 AL-Wosto. Terlalu bernilai sumbangan anda semua. Terima kasih wahai guru-guru ku..

    • Salam. Terima kasih atas response sdr Firdaus. Tahniah juga kerana berjaya menjadi penulis buku! Moga terus produktif hendahnya….amin!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s