Bekas Pelajar Sudah Jadi Penulis Buku

Baru-baru ini saya menerima berita gembira dari bekas pelajar SMA Al-Wosto. Semua ini tersebar melalui laman sosial terulung, apa lagi kalau bukan facebook… bahawa seorang bekas pelajar SMA Al-Wosto yang telah beberapa tahun meninggalkan sekolah dan menuntut di Universiti Yarmouk,Jordan telah menghasilkan sebuah buku terbitan PTS. Buku tersebut bertajuk ” Semalam di Bumi Anbia “. Saya masih belum memperolehinya tetapi berharap pihak perpustakkan SMA Al-Wosto akan mendapatkannya.

Dengar khabarnya, buku tersebut akan berada di pasaran pada penghujung Jun 2010. Berapa harganya tiadaklah saya ketahui. Bekas pelajar tersebut bernama Mohamad Firdaus Sahidin merupakan seorang yang amat saya kenali, tambahan lagi masih ada hadiah untuknya yang masih belum diserahkan. Ia berupa gambarnya yang siap berbingkai sebagai hadiah kerana memperolehi A bagi kertas Bahasa Inggeris SPM beberapa tahun lalu.

Nampaknya Firdaus berterusan menghasilkan kecemerlangan. Tahniah, semoga terus berjaya dan memperoleh keberkatanNya. Sebagai guru, saya doakan kejayaannya.

p.s.

Firdaus boleh dihubungi melalui blognya beralamat: http://memoirhati.blogspot.com/

                                                                                           Editor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s