Wacana Kecemerlangan Pendidikan Kali Ke-9

Kuantan –Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan majlis berkenaan pada 9 Ogos 2010 bertempat di Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Kesemua warga pendidik yang bertugas di Sekolah-sekolah Menengah Agama Pahang dan kakitangan pendidikan di JAIP serta MUIP telah dijemput hadir. Perasmian penutup majlis berkenaan telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Antara agenda utama Majlis Wacana kali ini ialah pembentangan kertas kerja yang membincangkan sejarah, perkembangan dan cabaran masa depan pendidikan Agama di Pahang dan pemberian anugerah kepada guru dan pelajar cemerlang di Sekolah-sekolah kendalian JAIP.

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, SMA Al-Wosto tidak ketinggalan membariskan pelajar-pelajar cemerlang PMR, SMA dan SPM 2009 lalu.

Manakala guru yang menerima hadiah cemerlang pada kali ini ialah Puan Widyawati Mat Taib yang memperolehi 100% bagi mata pelajaran PSV (Pendidikan Seni Visual) pada SPM 2009.

Antara resolusi Wacana kali ini ialah menegaskan kemahuan semua pihak supaya pendidikan Islam pada hari ini perlu di perlengkapkan dengan Kokurikulum Agama (KOKA) yang mempunyai kurikulum khas melalui siding pleno yang dicadangkan diurusetiakan oleh MUIP (Majlis Ugama Islam Pahang). Seminar juga mencadangkan program Halaqah Ilmu diadakan di kalangan guru-guru SMA Pahang secara berkala.

Penganjuran wacana ini seharusnya mendapat pujian kerana ia mencerminkan keseriusan pihak jabatan dalam memartabat pendidikan agama di Pahang. Ia perlu diteruskan pada masa depan. Walau bagaimana pun, beberapa perkara perlu diambil perhatian seperti penyediaan tempat yang mencukupi bagi para peserta seminar agar peserta dapat terlibat secara aktif. Buku cenderamata yang menyenaraikan penerima anugerah serta jadual perjalanan majlis yang menarik dan lengkap juga hendaklah disediakan. Ramai peserta yang hadir juga mencadangkan wacana dan pemberian anugerah diasingkan dalam majlis berlainan agar lebih teratur dan ia tidak berjalan terlalu lama.

2 thoughts on “Wacana Kecemerlangan Pendidikan Kali Ke-9

  1. Hi there, just became alert to your blog through
    Google, and found that it’s truly informative. I’m going to watch out for brussels.
    I will appreciate if you continue this in future. Lots of people will
    be benefited from your writing. Cheers!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s