Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, SMA Al-Wosto meneruskan tradisi sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutan kemerdekaan Malaysia Kali ke-53 disambut secara sederhana memandangkan ia jatuh pada bulan Ramadhan. Namun, aturcara kali ini tidak ketinggalan menampilkan ‘gimmik’ yang memeriahkan lagi suasana sambutan. Sambutan dirancang oleh Kelab Setia yang diketuai oleh guru pembimbingnya iaitu Ustazah Siti Arma Mutalib.

Puteri Islam sedang beraksi.

Acara dimulakan dengan perbarisan pasukan pakaian seragam yang terdiri dari Pasukan Kadet Polis, Puteri Islam, Bomba dan Kadet Pertahanan Awam (KPA). Acara ini yang merupakan pertandingan perbarisan telah dimenangi oleh Pasukan Puteri Islam yang telah menerima hadiah hamper.

Sebagaiman biasa, acara yang dijalankan di tapak perhimpunan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.

Seterusnya ialah ucapan Pengetua yang menyentuh erti kemerdekaan bagi Malaysia dan bagi diri sebagai pelajar. Katanya lagi, pelajar perlulah bersungguh-sungguh untuk menggunakan nikmat kebebasan demi mencapai kejayaan yang akan memenuhi makna kemerdekaan sebenar bagi diri sendiri. Pelajar hendaklah berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan disamping memperbaiki keperibadian.

Persembahan pelajar kali ini adalah pembacaan sajak yang disampaikan dengan penuh semangat oleh Nur Amirah dan Nur Afiqah dari 5 Ar-Razi.

Persembahan Sajak oleh Nur Amirah dan Nur Afiqah

Semoga sambutan pada kali ini dapat memberi kesedaran kepada warga SMA Al-Wosto bahawa kemerdekaan tidak membawa sebarang erti tanpa pengisian.

Editor.

*jurugambar:

1. Cikgu Azrin Asmawi

2. Cikgu Zul Hizam

*Juruacara: Ustazah Majidah Muhammad

One thought on “Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s