Majlis Persaraan Cikgu Jamaludin

SMA Al-Wosto telah mengadakan satu majlis khas bagi Cikgu Jamaludin yang akan bersara wajib dari perkhidmatan pada 1 November 2010. Beliau berumur 56 tahun. Cikgu telah berkhidmat di SMA Al-Wosto mulai 1/12/1990, iaitu selama hampir 20 tahun. Beliau telah berkhidmat sebagai guru bermula 16 Jun 1979 dan telah mendidik ribuan pelajar terutama dalam bidang Matematik dan Matematik Tambahan.

Antara fakta menarik tentang beliau ialah 6 daripada 8 anak beliau adalah anak didik SMA Al-Wosto. Kesemua yang keluar dari SMA Al-Wosto telah berjaya di peringkat universiti.Pasangan  Cikgu Jamaludin dan isteri Jamaliah Mohd Shariff juga pernah menerima anugerah “Ibu-bapa Mithalli” dari pihak PIBG.

Majlis tersebut telah sedikit sebanyak memberi peluang pihak sekolah menyampaikan penghargaan atas jasa-jasa beliau dan memberi peluang warga sekolah mengenali beliau lebih dekat. Pihak  sekolah dan ibu-bapa amat menyanjungi khidmat beliau kepada masyarakat dan pendidikan.

“SELAMAT BERSARA, SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI CIKGU!”

Editor

2 thoughts on “Majlis Persaraan Cikgu Jamaludin

  1. Untuk tatapan warga Tiaranita Phg.

    Tumpang bangga dgn kejayaan salah seorg staff kita Pn.Khalijah Mohd Shariff (Ketua TM Point Mentakab)yg dianugerahkan Ibu-Bapa Mithali oleh pihak sekolah. Kejayaan beliau dlm mendidik anak-anak boleh dijadikan tauladan kpd kita semua.

    Yang pasti, ibu-bapa yg bekerja juga mampu menjadi ibu-bapa mithali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s