Selamat Bertugas Ustaz Ashraf

Ustaz Ashraf Mohammed Abd Elhai Awadalla telah bertugas mulai Jan 2012. Beliau tiba di SMA Al-Wosto semasa Ramadhan 2011.

Ustaz Ashraf yang berasal dari Mansourah, Mesir ,telah pun berkahwin dengan pasangannya Rasha Abu Bakr dan dikurniakan sepasang cahayamata perempuan yang bernama Alyaa dan Eyman. Pasangan kembar ini baru berusia 2 tahun. Ustaz berasal dari keluarga petani yang merupakan penanam anggur dan pelbagai tanaman lagi di Mesir. Bapanya adalah pesara yang pernah bertuagas dengan kerajaan Mesir di Mansourah.

Walaupun baru berusia 34 tahun, Ustaz telah mempunyai pengalaman sebagai pendidik selama 12 tahun di mesir dan UAE. Lulusan Ijazah Usuluddin dari Universiti Al-Azhar ini pernah mengajar di sekolah menengah Rashed di Dubai dan di dua sekolah rendah di Mesir iaitu Tanbul and Abu Daud. Tidak hairanlah Ustaz tidak kekok berada di kelas dan mengendalikannya pelajarnya dengan baik. Apabila ditanya beberapa pelajar kelasnya tentang pengajaran Ustaz, mereka mengatakan pengajaran Ustaz mudah difahami dan sikapnya begitu mesra. Ustaz juga sentiasa berucap diperhimpunan bagi memperkenalkan perkataan dan perbualan Bahasa Arab di samping menegur pelajar.

Pada waktu lapang, hobi ustaz ialah bermain Chess dan Ping Pong. Beliau juga suka bermain bola sepak dan berenang, serta membaca, yang merupakan hobi utamanya.

Menurut Ustaz Ashraf, beliau ingin membawa keluarganya melancong di Malaysia dan negara sekitar. Tambahnya lagi, ibu bapanya akan datang untuk menjenguk cucu mereka dan melancong tidak lama lagi.

Semoga Ustaz Ashraf akan seronok berada di SMA Al-Wosto dan dapat mendidik pelajar untuk mencintai Bahasa Arab.

 

2 thoughts on “Selamat Bertugas Ustaz Ashraf

  1. semoga beliau gembira mendidik pelajar di Al Wosto…….dan semoga Allah memudahkan urusan beliau di dalam mendidik pelajar di sini…….sememangnya beliau seorang yang baik budi bahasanya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s