Laporan Majlis Tadarus Al-Quran Zon 2 2012

27 April 2012, Temerloh; Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat zon 2 tahun 2012 telah berlangsung dengan jayanya seperti saban tahun. Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Sentang yang diamanahkan menjadi tuan rumah MTQ bagi Peringkat Zon 2 Tahun 2012 ini telah melaksanakannya dengan penuh teratur dan tersusun. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh (PPD).

          Sekolah Menengah Agama Al-Wosto juga tidak ketinggalan untuk menghantar wakil seramai 6 orang bagi  mewakili sekolah dalam setiap acara yang dipertandingkan iaitu ; Tilawah Al-Quran,Tahfiz  Al-Quran dan Syarahan Agama. Kesemua peserta pulang dengan tersenyum lebar apabila berjaya mendominasi keseluruhan acara dipertandingkan. Antara keputusan pertandingannya adalah seperti berikut:

 

Acara

Nama Peserta

Keputusan

Tilawah Al-Quran (Perempuan)

Nur Atiqah Binti Lalu Ishak

Johan

Tahfiz Al-Quran (Lelaki)

Mohamad Zaid Bin Mohd Hussain

Johan

Syarahan Agama (Perempuan)

Nurul Huda Binti Tarmizi

Johan

Tahfiz Al-Quran (Perempuan)

Fatin Izzatie Binti Yusof

Naib Johan

Tilawah Al-Quran (Lelaki)

Aminuddin Hanif Bin Abd Wahab

Naib Johan

Walau bagaimana pun, adik Syafirul Fahmi yang mewakili sekolah dalam acara Syarahan Agama (Lelaki) tidak mendapat sebarang tempat. Walaubagaimanapun , beliau masih boleh terus mencuba pada tahun-tahun yang akan datang memandangkan beliau kini berada di tingkatan 1 dan mempunyai bakat yang besar. “Dia  (Fahmi) mempunyai potensi yang besar pada masa hadapan. Jjika digilap, saya yakin dia mampu lakukannya (menjadi johan) jika dilatih dan dibimbing dengan lebih giat lagi.”,kata Cikgu Ahmad Nizar selaku guru pembimbing peserta syarahan agama.

          Peserta yang memperoleh johan dan naib johan secara automatik layak menyertai Pertandingan peringkat daerah yang akan berlangsung pada 2 Mei ini di SMK Lanchang. Diharapkan agar kejayaan terus mengiringi peserta dari SMA Al-Wosto di peringkat daerah nanti.

“KAMI WARGA SMA AL-WOSTO MENDOAKAN KEJAYAAN MEREKA ”

 

Laporan:  SwEwEr

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s