Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highlands

Pada 23 hingga 24 Jun 2012, Persatuan Bahasa Inggeris serta JK Guru Lawatan SMA Al-Wosto telah mengadakan lawatan sambil belajar di Cameron Highlands, Pahang. Seramai 46 orang termasuk pelajar lelaki dan perempuan serta beberapa orang guru pengiring telah mengikuti lawatan ini. Antaranya ialah En. Zul Hizam bin Md Rawi, En. Azrin Asmawi Abdullah, Cik Immazura binti Mamat serta beberapa orang guru lagi. Selain dari pengangkutan utama iaitu sebuah bas sekolah, lawatan ini juga disertai oleh sebuah van sekolah serta sebuah kenderaan 4X4 milik guru.

                  Tepat jam 7.30 pagi kami telah bertolak dari sekolah ke Cameron Highlands melalui jalan Raub-Lipis. Sambil menikmati perjalanan dalam cuaca yang begitu baik, kami dapat menikmati keindahan alam serta pemandangan indah seluas mata memandang. Dalam perjalanan kami telah berhenti di sebuah restoran yang terletak di Raub untuk menikmati sarapan pagi.

                  Pada pukul 10.30 pagi kami telah sampai di Stesen Penyelidikan MARDI Cameron Highlands yang terletak berhadapan apartment Puncak Arabella. Disitu,kami dapat mengenali pelbagai jenis tumbuhan serta melawat kebun sayur-sayuran dan buah-buahan. Diantaranya ialah kubis, terung, tomato, timun gergasi, anggur, strawberi dan sebagainnya. Kami berasa sangat bertuah kerana dapat melawat kebun sayur-sayuran dan buah-buahan dengan lebih dekat dan jelas lagi. Selain itu juga , terdapat beberapa spesis haiwan seperti arnab, biawak, burung, ikan dan sebagainnya. Air sungai yang mengalir disini sejuk, bersih dan jernih ditambah pula dengan udara yang segar  tanpa sebarang pencemaran. Pada pukul 1.30 petang selepas penat berjalan dan membeli sedikit cenderamata, kami makan tengahari di situ.

                  Selepas 3 jam berada di MARDI, kami terus bertolak ke tempat penginapan kami iaitu di Puncak Arabella dimana kami telah menyewa 6 buah  apartment iaitu 4 untuk pelajar manakala 2 buah untuk kakitangan sekolah dan guru yang menyertai rombongan. Selepas menikmati rehat hanya beberapa minit seusai solat, kami telah meneruskan perjalanan untuk melawat tempat-tempat lain yang menarik yang berada di Cameron Highlands ini. Selepas  30 minit kami bertolak dari  apartment, kami telah sampai ke destinasi yang kami tujui iaitu Butterfly Farm. Disini kami dapat mengenali beberapa jenis spesis serangga iaitu rama-rama, kumbang, labah-labah dan bermacam-macam lagi. Selain itu juga terdapat beberapa spesis ular, burung, ikan serta kura-kura gergasi. Kami sangat seronok dan teruja kerana selama ini kami hanya mampu melihat beberapa spesis haiwan ini didalam kaca televisyen mahupun buku. Selepas beberapa jam disini kami bergerak ke Kea Farm. Sewaktu kami sampai di Kea Farm hujan renyai-renyai mulai turun. Kea Farm adalah suatu tempat untuk membeli barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan cenderahati. Disini kami mula berjalan-jalan dari suatu kedai ke suatu kedai untuk melihat dan membeli barang. Antaranya ialah bantal strawberi, strawberi coklat, rantai kunci dan sebagainya. Selepas penat berjalan kami meneruskan perjalanan ke Pasar Malam Brinchang yang terletak di Brinchang,Cameron Highlands. Jarak diantara Kea Farm dan Pasar Malam Brinchang tidaklah jauh sangat malah mengambil masa beberapa minit untuk sampai. Sewaktu kami telah sampai di Pasar Malam Brinchang hujan mula berhenti. Disebabkan cuaca pada malam itu sangat sejuk ,ada diantara pelajar yang tidak lekang dengan baju sejuknya dan ada yang menggigil kesejukan. Banyak kebaikannya membeli barangan di pasar malam. Banyak produk yang berharga murah, berpatutan dan berkualiti. Malah jika pelajar yang membelinya mereka akan mendapat diskaun. Cikgu dan pelajar banyak membeli barang. Diantaranya ialah strawberi, strawberi coklat, jagung, ubi, headfon, baju t, rantai kunci dan sayur-sayuran. Setelah kepenatan kerana puas berjalan, kami bertolak pulang ke apartment.

                   Keesokannya pada hari Ahad iaitu 24 Jun 2012 adalah hari terakhir kami di sini. Setelah selesai bersiap dan bersarapan pagi, kami semua dikehendaki  berkumpul di bawah apartment untuk melakukan warming-up sebelum menyertai aktiviti jungle-trekking. Aktiviti jungle-trekking ini telah diadakan di Hutan Lipur berdekatan Air Terjun Parit. Kami bertolak dari apartment ke tempat trekking tepat pada jam 7.30 pagi. Kami hanya berjalan kaki sahaja kerana kami sendiri ingin menikmati keadaan dan keseronokkan pada pagi itu. Cuaca pagi yang sungguh sejuk begitu menyegarkan kami ditambah pula dengan peluang keemasan menikmati keindahan hutan serta kehijauan Cameron Highlands. Kami juga berasa sangat gembira, seronok lebih-lebih lagi apabila melihat wap air keluar dari mulut kita sendiri seperti berada di negara beriklim sederhana. Selain itu juga kami dapat merasai kedinginan hawa di dalam hutan dan dapat melihat keindahan dan kehijauan alam semulajadi. Betapa indahnya ciptaan Allah! Apabila  telah selesai beraktiviti di sana, kami pulang ke apartment untuk bersiap-siap dan mengemas barang untuk bertolak pulang. Sebelum kami bertolak pulang, kami sempat mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan di Puncak Arabella, Cameron Highlands. Tepat jam 10.30 pagi kami sampai kedestinasi seterusnya iaitu Bee Farm, tempat di mana lebah diternak untuk mendapatkan madunya. Di sini juga kami dapat mengenali beberapa spesis lebah madu . Madu lebah mempunyai banyak khasiat. Selain sebagai pemanis makanan, madu lebah mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti asma, darah tinggi dan kencing manis. Madu lebah juga boleh dicampurkan didalam masakan seperti kuih dan kek. Selain itu juga, terdapat beberapa kemudahan disini. Diantaranya ialah kedai cenderahati, restoran dan sudut permainan yang dinamakan ‘bee hive maze’ dimana pengunjung yang memasukinya akan tersesat. Tiketnya berharga RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Ia amat menyeronokkan kerana anda terpaksa berhempas pulas mencari pintu keluar! Sesiapa yang berjaya mencari jalan keluar boleh menebus hadiah. Pengalaman disini memang ‘best’!.

                       Pada pukul 11.30 pagi, kami semua telah bersiap sedia untuk bergerak menuju ke Ladang Teh Sungai Palas.  Disini kami dapat melihat ladang teh yang lebih luas. Bukan itu sahaja, terdapat juga kilang memproses teh dan muzium teh.  Dengan itu, kami dapat melihat  proses untuk menghasilkan teh, sejarah teh dan jenis-jenis teh. Di Muzium Teh ini juga ditayangkan beberapa slide show dan video yang menerangkan cara-cara untuk membuat dan memproses teh dengan lebih mendalam lagi. Kami juga berasa sungguh bahagia dan bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri ladang teh yang terbentang luas di atas muka bumi Allah ini. Selain Teh Boh yang telah menjadi jenama terkenal, terdapat banyak jenis teh yang jarang kita temui di sini. Antaranya ialah teh halia, teh tarik oat dan teh campuran buah-buahan.

                        Selepas selesai menikmati keindahan ladang teh sambil mengabadikan kenangan kami di sini dengan mengambil seberapa banyak foto menarik, kami bertolak pulang ke Bee Farm dengan menaiki bas mini yang disediakan khas. Perjalanan penuh liku di celah pepohonan teh begitu mencabar pemanduan. Mujurlah tiada kemalangan! Dari Bee Farm, kami bertolak pulang ke SMA Al-Wosto dengan hati yang berat… Kami keletihan, tetapi kenangan berombongan bersama rakan dan guru akan terpahat di ingatan!

 

                       Kasut MeRah

13 thoughts on “Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highlands

  1. karangan ini membuat saya rasa boleh membuat karangan sendiri. kerana sebelum ini saya x pandai buat karangan lawatan sambil belajar . TQ semua i love karangan nie………….

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

  3. ggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

  4. grjjjjjjjjjjjjjjdddddddddddddddddttttttttttttttttttuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyynnnnnnnnnnbyyyyyyyyoer

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s