Lawatan ke Kuala Terengganu

Keropok lekor, ikan talang dan ikan bilis Seberang Takir menjadi pilihan sebahagian peserta lawatan SMA Al-Wosto kali ini setelah menyusuri Sungai Terengganu sambil menikmati pemandangan Taman Tamadun Islam, Pulau Duyung, Seberang Takir dan sebahagian Bandaraya Kuala Terengganu selama sejam. Ada juga peserta yang sempat sarapan di warung berdekatan jeti Seberang Takir. Menurut salah seorang peserta, Ustaz Wan Ishak, amat berbaloi makan di situ.

Tidak ketinggalan kunjungan ke Pasar Payang, Bazar Warisan dan Bukit Puteri yang bersejarah.

Lawatan pada 14-15 Jun itu diakhiri dengan melawat Muzium Negeri Terengganu yang merupakan muzium terbesar di Asia. Walau bagaimanapun, peserta hanya dapat melawat sebahagian muzium sahaja kerana kesuntukan masa.

Trivia

1. Bilangan Peserta: 44 orang
2. Peserta terakhir yang dipanggil semasa bas telah bersedia untuk bertolak (bagi menggantikan Mumtaz Nur Faraheen) ialah Fadhilah dari 5 Ar-Razi.
3. Bilangan guru yang mengikuti lawatan kali ini ialah 5 orang iaitu cikgu Zul Hizam, cikgu Salmi, Ustaz Wan Ishak, Ustazah Fatimah Sulaiman dan ustazah Nazifah.
4. Satu penutup bhg atas bas (mungkin lubang angin) tercabut sewaktu lalu di bawah pokok di kawasan Kg Seberang Takir. Kos membaiki: RM50.
5. Waktu sampai di SMAW: 3 pagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s