Aktiviti Ihya Ramadhan

Aktiviti Ihya Ramadhan

Sebagaimana pada tahun lepas, pada pagi sepanjang Ramadhan, pihak sekolah menganjurkan aktiviti solat dhuha, solat hajat dan tazkirah pagi mulai 7.40 sehingga 8.15 pagi. Kelas hanya bermula pada pukul 8.15 pagi. Tahun ini merupakan tahun kedua ia dianjurkan.

Ia dijalankan di Dewan Besar SMAW. Solat sunat terawih juga diadakan di dewan tersebut sepanjang Ramadhan.

Pada pagi 11 Jun, tazkirah telah disampaikan oleh ustaz Wan Isyak.

Berikut adalah intipati tazkirah beliau.

Perkara yang jika berlaku, menunjukkan seseorang suami itu dayus.

1. Membiarkan isteri tidak menutup aurat
2. Membiarkan isteri balik lewat tanpa kebenaran
3. Membiarkan anak yang telah akil baligh tidak menutup aurat
4. Membiarkan anak perempuan keluar tanpa muhrim
5. Tidak mengajar agama kepada isteri dan anak-anak.
6. Membiarkan anak keluar berpoya-poya tanpa rasa berdosa
7. Membiarkan ibu melakukan kemaksiatan tanpa menegurnya
8. Tidak tahu membaca Al-Quran dah tidak pula cuba belajar
9. Menanggung dosa bila anak berpakaian tapi telanjang
10. Tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Ayat Al-Quran ada mengatakan bahawa keluarga merupakan ‘musuh’ kepada ketua keluarga kerana mereka mungkin menjadi penghalang kepada ketua keluarga yang ingin menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan.

Wallahua’lam.


Sent from Fast notepad

2 thoughts on “Aktiviti Ihya Ramadhan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s