Pada bulan yang barakah iaitu Ramadhan 1435h, iaitu pada pagi 8 hb, SMAW telah dikunjungi oleh salah seorang Imam Masjid Iman di Aleppo, Damshik iaitu sdr Bassam Asha. Untuk makluman, di masjid itulah berlakunya letupan bom yang telah membunuh salah seorang ulamak Islam yang bernama Dr Said Ramadhan. Sheikh Bassam juga pernah menyertai pertandingan Musabaqah Al-Quran di Malaysia.

Pada bulan yang barakah iaitu Ramadhan 1435h, iaitu pada pagi 8 hb, SMAW telah dikunjungi oleh salah seorang Imam Masjid Iman di Aleppo, Damshik iaitu sdr Bassam Asha. Untuk makluman, di masjid itulah berlakunya letupan bom yang telah membunuh salah seorang ulamak Islam yang bernama Dr Said Ramadhan. Sheikh Bassam juga pernah menyertai pertandingan Musabaqah Al-Quran di Malaysia.

Tazkirah ringkas beliau pada pagi berkenaan adalah berkenaan menuntut ilmu dan betapa besarnya tanggungjawab para pemuda Islam kepada agama, diri dan negara. Beliau memberikan contoh-contoh pemuda yang telah berjaya diusia muda seperti Usamah Bin Zaid dan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Beliau juga mengingatkan para pelajar tidak membazir masa dengan kerja yang sia-sia seperti melayan twitter dan menonton World Cup. Juga elakkan dari melakukan maksiat. Ilmu adalah cahaya dari Allah, ia tidak dikurniakan kepada pelaku maksiat. Seterusnya beliau mengingatkan para pelajar agar merebut peluang untuk berjaya melalui keberkatan yang diperolehi dari pengurusan masa.

Antara tip beliau untuk memperoleh haji tanpa menaiki kapal terbang ialah dengan menghadiri solat subuh secara berjemaah diikuti oleh zikir sehingga terbit fajar, kemudian diteruskan dengan solat 2 rakaat. Ini adalah dari satu hadis Nabi.

Sewaktu menjawab satu soalan, beliau menjelaskan bahawa pengisytiharaan daulah Islamiah dibumi sebahagian Iraq dan Syria adalah sesuatu yang tidak mendapat pengikhtirafan memandangkan pelakunya telah melakukan banyak perkara yang bertentangan Islam dan mereka adalah golongan yang jahil.

Tazkirah ringkas tersebut telah dirancang bagi mengisi masa para pelajar setelah mengadakan solat dhuha dan hajat yang merupakan program harian sepanjang pagi bulan Ramadhan.

Program tersebut yang dibawa oleh HALUAN, NGO Malaysia juga bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu umat Islam Syria yang sedang mengharungi peperangan terhadap kerajaan Syria yang merupakan golongan Alawiyin, salah satu cabang Syiah yang bertentangan dengan Islam.


Sent from Fast notepad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s