Selamat Datang 2017


Beberapa projek pengubahsuaian sedang berjalan di SMA Al-Wosto. Ia telah bermula semenjak cuti akhir persekolahan 2017 dan dijangka tamat pada bulan Oktober 2017. Ada beberapa bahagian telah siap manakala ada yang masih berjalan.
Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah mengecat bangunan, membaiki dewan besar, membina bangunan kantin tambahan, memindahkan pejabat, bilik guru dan bilik data ke tingkat satu. Langkah ini adalah bagi mengurangkan risBeberapa kelas akan mengambil bilik-bilik yang berada di tingkat bawah. 
Selain daripada perubahan struktur, sekolah juga telah mengikuti jadual baru persekolahan sepertimana arahan JAIP iaitu waktu balik ialah 3.40 petang manakala waktu rehat tengahari ialah 2.00 – 2.40 ptg, ini adalah waktu solat dan makan. Jadual ini adalah bagi memenuhi penjadualan KSSM dan masa pdp bagi subjek tertentu.
Tangga bagi blok pentadbiran juga telah diubahsuai. Oleh itu, ia telah dijadikan podium bagi perhimpunan pagi.
Begitu juga asrama, banyak peralatan baru telah disediakan seperti katil, loker dan bantal baru. Selaras dengan aspirasi menjadikan SMA Al-Wosto sekolah yang berjaya, peraturan asrama dan sekolah diperketatkan dan perancangan bagi tahun 2017 dilaksanakan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s