Masisupa Pusat 2017

Zon 3 ditabalkan Juara Keseluruhan setelah menjuarai kedua-dua acara sukan dan ilmiah. Zon 3 terdiri dari SMA Al-Wosto, SMA Guai, SMA AL-Khairiah, SMA Chenor, SMA Pelangai dan SMA Darul Naim. ​Pengetua SMA Chenor, Pn Syarifah Hasaniah selaku ketua Zon 3 telah mewakili zon 3 menerima hadiah piala pusingan.
Lebih manis, kesemua acara bahas iaitu Bahas BM, BI dan B Arab telah dimenangi oleh zon 3. Bahas B Arab yang diwakili oleh SMA Al-Wosto telah memenangi pingat emas dan pembahas Rairi telah ditabalkan pembahas terbaik. 

Acara lain yang telah dimenangi oleh peserta dari SMA Al-Wosto ialah:

1.  Ping pong

2. Badminton

3. Memanah

4. Syarahan BM Ke-2

5. Nasyid perempuan ke-3




Bengkel Perancangann Aktiviti Falak 2017

Bertempat di Le Village Beach Resort, Bahagian Falak Jabatan Mufti Pahang telah mengadakan bengkel berkenaan pada 24-25 Feb 2017 khas untuk membincangkan perancangan aktiviti 2017 seperti Karnival Falak, Literasi Falak, bengkel, muzakarah dan konvensyen falak di Pahang.

Mewakili SMA Al-Wosto, saya memilih untuk mengadakan Karnival Falak. Cadangannya ialah pada bulan Mei nanti. Juga di cadangkan agar satu bengkel lagi diadakan khas untuk membuat sebuah buku aktiviti falak dan toolkit bagi semua kelab falak SMAN. Ini telah dipersetujui, diharapkan ia akan menjadi kenyataan.

Sesi penggambaran untuk guru dan kelas

Nakal juga Ust Kahar Muzakkar ni ya..hi hi.

5 Al-Jazari 2017. Guru Kelas: Pn Siti Zaidah, Guru Mentor: En Zul Hizam

5 AJ free style

​​

‘Free style’!

10 jelitawan Hijabista…

Guru sesi 2017. Tiada dalam gambar: En Hafiz Abd Rahman

Ajk Majalah meneruskan kerja-kerja fotografi bagi majalah sekolah yang akan diterbitkan kelak. Kali ini ia melibatkan guru, kelas Tingkatan 4 dan 5.

Pelancaran Program ‘Jom ke Sekolah’ dan Mentor-Mentee




Bagi tahun 2017, pihak sekolah telah merancang pelbagai program bagi memastikan pelajar menempa kejayaan dalam pelajaran dan memastikan pelajar berdisplin. Antaranya ialah Program ‘Jom ke Sekolah’ dan Program Mentor-Mentee. 
Untuk itu, majlis pelancaran program telah diadakan pada 13 Februari 2017. Program ini dihadiri oleh semua guru, pelajar dan YDP PIBG, Hj Mutamam B Jaafar serta dirasmikan oleh Inspektor Asfiani B Ramdani yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah. Beliau juga membacakan perutusan Ketua Polis Negara (KPN). Antara acara yang menjadi pengisian program ialah persembahan deklamasi sajak, gimik pelancaran dan penyerahan lantikan kumpulan mentor-mentee.
Program telah diadakan Dataran Perhimpunan SMA Al-Wosto kerana Dewan Besar masih dalam proses pembaikan.