Era Baru Perkembangan Falak

Unit Falak Jabatan Mufti Pahang telah menganjurkan Bengkel TOT (Training of Trainers) Modul Ko-kurikulum Falak SMAN pada 11-13 Mac 2019 di Sanctuary Resort Cherating Pahang. Kelab Falak SMA Al-Wosto diwakili oleh Cikgu Salmi dan Cikgu Zul Hizam mana kala pelajar ialah Adibah, Balqis dan Shameel. Kursus ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta yang berkebolehan menjadi pembantu guru semasa menjalankan aktiviti Kelab. Ia dihadiri oleh semua Kelab Falak SMAN.

Jurulatih yang hadir ialah Prof  Baharrudin, En Ahmad Taufan, Shahrin Ahmad dan Admad  Irfan yang juga menulis buku Modul Ko-kurikulum Falak. Cikgu Zul Hizam juga terlibat sebagai salah seorang guru pembimbing semasa proses membuat draf modul tersebut.

Istimewanya, modul ini merupakan yang pertama di Malaysia terbitan Jabatan Mufti Pahang. Ia sesuai sebagai bahan rujukan bagi Kelab Falak, peminat astronomi dan sesiapa yang meminati ilmu Falak dan astronomi. Buku ini telah digunakan secara intensif dalam bengkel ini.

IMG_20190312_152837.jpg

Kursus

Lawatan PERHATI ke MSU, Shah Alam

Pelajar-pelajar di bawah program PERHATI yang merupakan pelajar yang terdiri dari anak yatim telah di bawa melawat dan menyertai aktiviti di MSU (Management and Science University) di Shah Alam.

Pelajar telah di pantau oleh Pn Nazifah selaku guru pembimbing.

Semoga lawatan seperti ini dapat membantu pelajar-pelajar berkenaan sehingga berjaya.

Lawatan Sambil Belajar ke JB

Kelab SPBT telah berjaya mengadakan lawatan ke Johor Bharu mengikut perancangan aktiviti Kelab. Lawatan ini disertai guru pengiring iaitu Pn Norzilan dan Pn Raemah. Kali ini, kelab telah mendapatkan khidmat sewaan bas persiaran dari Azman Holidays. Tahniah!

Kejohanan Bola Sepak Bawah 18

SMAW telah menghantar satu pasukan dibawah bimbingan jurulatih, En Azim Ansori Zainal Abidin. Ini adalah penyertaan kali pertama ke kejohanan berkenaan anjuran MSSD Daerah Temerloh.

Pasukan-pasukan yang bertanding telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Yang memeranjatkan, pasukan SMAW telah berjaya ke suku akhir dan akhirnya menduduki tempat ke-3! Tahniah kepada pasukan dan pemain yang telah mengharumkan nama sekolah!

Minggu Saham Amanah Malaysia

Pihak PNB, peneraju pelbagai skim saham amanah Malaysia telah memilih Temerloh sebagai tuan rumah MSAM 2017. Pelbagai acara telah diatur sepanjang MSAM pada 18-25 Mei 2017. SMAW juga tidak ketinggalan menyertai acara-acara yang telah dirancang seperti menonton Majlis Forum Perdana TV Al-Hijrah, doa selamat sempena perasmian masjid baru Daerah Temerloh dan Pertandingan Cendekiawan Muda yang terbuka kepada semua SMAN.

Dalam pertandingan tersebut, SMAW telah menduduki tempat ke-8 dari 20 sekolah Agama seluruh Pahang yang menyertainya.

Tahniah, semoga ini akan menjadi penyuntik semangat agar berusaha dengan lebih gigih lagi.

Dari Allah kami datang, kepada Allah kami kembali


Diawal tahun 2017, SMA Al-Wosto dikejutkan dengan kehilanganmereka iaitu Ustaz Alias B Sichik dan Amir.

Ustaz adalah bekas guru SMAW dan begitu banyak berjasa kepada sekolah, pendidikan dan masyarakat setempat. Rumah nya yang bersebelahan pintu masuk ke sekolah memudahkan guru-guru menziarahi beliau semasa hayatnya. Acapkali beliau menjemput kami menikmati hasil tani seperti buah durian dari kebunnya.
Amir adalah pelajar tingkatan 5 yang berasal dari Kg Teluk Sentang. Merupakan seorang pelajar yang aktif, beliau disenangi rakan dan guru.
Pada 21hb April pula, SMAW kehilangan seorang lagi warganya bernama Arif Haiqal, pelajar tingkatan 3 Ibnu Walid. Selama beberapa bulan beliau menderita sakit jangkitan buah pinggang.

Kesemua mereka dijemput Allah pada hari yang mulia, hari Jumaat. 
Semoga mereka mendapat keampunan Allah dan diletakkan dikalangan hamba-hamba Nya yang soleh. Aamiin.
Allah, kami juga akan ke sana nanti suatu hari nanti dan semoga pada hari itu, kami dalam ketakwaan kepada mu dan dijauhi dari su’ul khatimah.

Masisupa Pusat 2017

Zon 3 ditabalkan Juara Keseluruhan setelah menjuarai kedua-dua acara sukan dan ilmiah. Zon 3 terdiri dari SMA Al-Wosto, SMA Guai, SMA AL-Khairiah, SMA Chenor, SMA Pelangai dan SMA Darul Naim. ​Pengetua SMA Chenor, Pn Syarifah Hasaniah selaku ketua Zon 3 telah mewakili zon 3 menerima hadiah piala pusingan.
Lebih manis, kesemua acara bahas iaitu Bahas BM, BI dan B Arab telah dimenangi oleh zon 3. Bahas B Arab yang diwakili oleh SMA Al-Wosto telah memenangi pingat emas dan pembahas Rairi telah ditabalkan pembahas terbaik. 

Acara lain yang telah dimenangi oleh peserta dari SMA Al-Wosto ialah:

1.  Ping pong

2. Badminton

3. Memanah

4. Syarahan BM Ke-2

5. Nasyid perempuan ke-3